Skip to main content

Anda Pasti Terkejut Bagaimana ‘Produk’ Ini Boleh Dijual Di Ebay!


Pada zaman kegawatan ekonomi dan harga barang yang sentiasa naik, ramai yang ingin mencari pendapatan tambahan. Tapi masih ramai yang masih tak tahu nak berniaga terutamanya berniaga online.
Tetapi masalah peniaga online ini adalah menarik trafik ke website untuk membuat jualan. Kekangan utama peniaga online adalah menarik trafik. Jika menggunakan facebook ads memang boleh mendapatkan trafik, tetapi memakan kos yang tinggi apabila telah ramai pesaing menjual produk yang sama.
“Ebay telah menyelesaikan masalah peniaga yang tak pandai membuat sales”
Saya kongsikan beberapa barang yang boleh di jual di ebay ketika ekonomi gawat. Dengan modal yang rendah, anda masih boleh membuat jualan di ebay jika kena caranya.

Kita mulakan dengan modal RM8. apa yang anda boleh jual?
Daun Ketapang
Ini adalah ebay seller dari Malaysia, sama seperti anda juga masih tinggal di Malaysia tetapi menikmati pendapatan dalam US dolar. Dia menjual daun ketapang atau dalam Bahasa Inggeris, catappa leave atau indian leave dan nama saintifiknya adalah Terminalia Catappa leave. Dengan modal RM8 buat beli pos flexipax anda dah mampu membuat jualan sebanyak USD5.75 seunit.

Mari kita buat kira-kira sedikit
Modal pos : RM8 ( $1.8)
Sale seunit : RM25.60 ( $5.75)
Ebay fees : $0.58
Paypal fees : $0.47
Untung bersih seunit : $5.75 – $1.8 – $0.58 – $0.47 = $2.90 (RM12.92)
Dengan menggunakan tukaran matawang pada $1 = RM4.4541
Seller ebay ni dalam diam-diam telah berjaya menjual sebanyak 76 unit.
Keuntungan hasil dari jualan ini adalah RM12.92 X 76 unit = RM981.92!

OK lah kan? Dengan modal seunit RM8 sahaja, anda sekarang dah berjaya menghasilkan untung bersih sebanyak RM981.92!
Kat mana nak dapatkan pokok ni? Apa orang putih buat dengan daun ni?
Habitat asal pokok ketapang adalah dari Asia Tenggara, pokok Ketapang biasanya boleh ditemui di tepi pantai dan juga di tepi lebuhraya. Pokok ini hidup subur di tempat yang berpasir. Namun malangnya pokok ini jarang mendapat perhatian di Malaysia oleh kerana ramai yang tak tahu khasiatnya.
Kebiasaanya di pantai-pantai pokok ini digunakan sebagai mencantikkan landskap dan tempat teduhan. Kegunaan daun pokok ketapang kebiasaanya adalah untuk mengubati penyakit sendi oleh orang-orang lama.
Tetapi orang putih menggunakan daun ketapang untuk diletakkan di dalam aquarium. Fungsi daun ketapang ini adalah untuk mengawal PH air dan menyerap sebarang bahan kimia yang terkandung dalam akuarium. Ada juga yang menggunakan daun ini untuk menggalakkan pembiakan udang.
Oleh kerana di negara barat pokok ini tidak boleh hidup di kawasan bermusim, daun ketapang menjadi permintaan tinggi di sana walaupun kita boleh dapat di negara Malaysia secara percuma sahaja.

Tongkat Ali
Di Malaysia, serbuk Tongkat Ali boleh didapati dengan mudah daripada pembekal-pembekal tempatan sama-ada secara online dan juga offline.
1 oz = 28.35 gram
Jika anda lihat di bawah adalah penjual online. Dia menjual serbuk tongkat ali dengan berat 200 gram berharga RM25 sahaja.
Dengan modal RM3.54/ oz, seller ebay ini berjaya menjual dengan harga $9.95 per oz sebanyak 504 unit!

Mari kita buat kira-kira sedikit
Modal 1 oz serbuk tongkat Ali : $0.8
Modal pos : $1.8
Jualan 1 oz : $9.95
Customer bayar pos : $2.55
Yuran ebay : $1.25
Yuran paypal : $0.66
Keuntungan bersih se unit : $9.95+$2.55-$0.80-$1.80-$1.25-$0.66 =$7.99 @RM35.54
Seller ebay ini Berjaya menjual sebanyak 504 unit bersamaan dengan RM35.54 X 504 = RM17,912.16! 
Hanya dengan menjual serbuk tongkat ali sahaja anda sudah mampu meraih pendapatan sebanyak RM17,912.16 secara sampingan sahaja.
Silap hari bulan anda mungkin boleh meninggalkan pekerjaan utama anda dan menjadikan bisnes di ebay ini sebagai sumber pendapatan utama anda. 🙂
Sebenarnya banyak barang sumber alam di Malaysia ini yang mempunyai permintaan tinggi di luar negara sana. Kalau tidak, tak mungkinlah ketika zaman kesultanan melayu Melaka penjajah sanggup merantau ke Melaka untuk mendapatkan rempah ratus di Tanah Melayu.
Anda boleh jadikan idea ini sebagai bisnes yang mudah di buat di ebay!
Selamat mencuba!
*Kredit: perkongsian di atas adalah ditulis oleh rakan saya, Zul Ariffin.
shadow-ornament
Jika anda berminat untuk belajar menjual di Ebay, Tuan Zul ada sediakan satu panduan lengkap untuk newbie bagaimana nak memulakan bisnes di ebay dengan hanya menggunakan dropship sahaja.
Ada 3 pakej yang anda boleh pilih:
1. RM97
✔ eBook Panduan ebay intelligence sahaja
2. RM197 (Recommended!)
✔ eBook Panduan ebay intelligence ✔ Adobe Photoshop Portable ✔ Document Template Follow up customer ✔ Tools kit ebay ✔ Document template avatar multiple account ✔ 400 niche berpotensi di ebay ✔ Template keyword ebay feedback (Microsoft word) ✔ Ultimate guide for dropshipping ✔ 50 ways to make your first sale ✔ group support di FB
3. RM497
✔ Bengkel Ebay Intelligence ✔ eBook Panduan ebay intelligence ✔ Adobe Photoshop Portable ✔ Document Template Follow up customer ✔ Tools kit ebay ✔ Document template avatar multiple account ✔ 400 niche berpotensi di ebay ✔ Template keyword ebay feedback (Microsoft word) ✔ Ultimate guide for dropshipping ✔ 50 ways to make your first sale ✔ group support di FB
.
PS. Jika anda rasa pelaburan ini mahal. Cuba bayangkan keuntungan yang bakal anda peroleh di Ebay hasil daripada ilmu yang anda peroleh daripada ebook ini. Income anda mungkin akan jadi lebih berlipat-kali ganda daripada nilai pelaburan ini!
Take it or Leave it.

Comments

Popular posts from this blog

Ini Contoh Barang Mainan Yang Terlajak Laris Di Ebay!

Assalamualaikum  Hari ini saya nak share kepada anda antara produk hot yang anda boleh jual di Ebay. Iaitu barang permainan (toys). Sebenarnya anda tak perlu nak jual semua jenis barang permainan. Cukup hanya fokus 1-2 jenis barang tapi anda cukup arif tentang produk yang anda jual tu. Lagi spesifik lagi bagus. Sebab anda tak akan ada banyak pesaing untuk anda compete dengan penjual di seluruh dunia. Untuk memudahkan pemahaman anda, saya akan tunjukkan antara Top seller kategori mainan di ebay.com oleh penjual dari Malaysia. Ada  24 kategori bahagian toys & hobbies di ebay. Tetapi yang banyak di jual oleh seller Malaysia hanyalah 3 kategori iaitu: Diecast & Toy Vehicles TV,Movie & Character Toys Action Figures Berdasarkan real data terkini 90 hari ( Manual Research + Paid Research, 16 Sept to 15 Dec).  Diecast & toy vehicles  terdapat sebanyak 549 listing yang telah berjaya dijual (Sold item) oleh seller

Rahsia Bagaimana Ebayer Ini Hasilkan RM21,584.15 Sebulan Hanya Di Ebay!

Assalamualaikum & hai semua  Saya nak share pada anda macam mana ebayer ini, akaun yang masih baru.. daftar ebay baru sebulan dua tapi dengan strategi X ini berjaya menghasilkan USD4830.50 sebulan atau bersamaan dengan RM21,584.15! Rahsianya ialah multiple akaun + produk hot! Ini namanya “don’t put all the eggs in one basket” Jika akaun baru, polisi  Ebay tidak membenarkan new seller menjual dalam kuantiti banyak untuk mengelakkan isu scammer. So untuk menghasilkan jualan 4 angka USD, anda perlu bermain multiple akaun untuk menghasilkan jualan yg banyak. Ianya juga bagus untuk akaun paypal anda yang tak terkejut dengan transaksi jumlah duit masuk yang banyak. Ok mari kita tengok analisis akaun ini. Akaun masih sangat-sangat baru. Tak caya? Saya cakap berdasarkan fakta dan kajian yang terperinci. dengan bantuan terapeak. Akhirnya saya berjaya membongkar rahsia newbie ni  Nampak tak tarikh daftar akaun semuanya masih baru? Daftar bulan Ogo